Wednesday, February 22, 2012

Wahai Sahabatku Yang Kecewa


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

MAJLIS MAKAN MALAM ANUGERAH PENGETUA MRSM BALING 2012


BERTARIKH 31 JANUARI 2012 ,SATU MAJLIS MAKAN MALAM DIADAKAN UNTUK MERAIKAN DAN MENGHARGAI HAMPIR 200 ORANG PELAJAR MRSM BALING YANG MEMPEROLEH KEPUTUSAN 3.5 KE ATAS DALAM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESETER 2 YANG LEPAS. MAJLIS ITU DIADAKAN DI DATARAN PELAJAR DAN DIHADIRI OLEH GURU, STAF DAN TETAMU JEMPUTAN IAITU YANG DIPERTUA MUAFAKAT DAN AJK MUAFAKAT.

UCAPAN PENGETUA:

· TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT 3.5 KE ATAS

· PROGRAM INI DIJADIKAN CATALYST KEPADA PELAJAR LAIN UNTUK TERUS BERUSAHA

· TAHNIAH KEPADA PRESIDEN MUAFAKAT KERANA DINAIKKAN PANGKAT MENJADI PENGARAH PELAJARAN DAERAH BALING

UCAPAN PRESIDEN MUAFAKAT

· TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT 3.5 KE TAS DAN MENJADI NATIJAH UNTUK BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH

· CEMERLANG TERHASIL DARIPADA KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU-GURU YANG MEMBERI TUNJUK AJAR.

BERPESAN SUPAYA DAPAT MEMBIMBING KAWAN YANG LAIN UNTUK CEMERLANG DAN MENGGEGARKAN BUMI BALING DAN MALAYSIA

KEJOHANAN BOLA SEPAK JEMPUTAN MRSM FELDA TROLAK BAWAH 15


TROLAK, 18/2/2012- MRSM BALING TELAH MENCIPTA SATU LAGI NAMA DALAM BIDANG SUKAN BOLA SEPAK APABILA TELAH MENJADI NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN BOLA SEPAK JEMPUTAN MRSM FELDA TROLAK BAWAH 15 . PASUKAN MRSM BALING TERDIRI DARIPADA 16 PEMAIN YANG DIKETUAI OLEH 2 ORANG JURULATIH IAITU CIKGU HUSAIRI DAN CIKGU REDZUAN. DENGAN SEMANGAT YANG KENTAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN, PASUKAN MRSM BALING TELAH MENEWASKAN LIMA BUAH SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM KUMPULAN B DAN BERJAYA MENJADI JOHAN KUMPULAN B.

KEPUTUSAN PERLAWANAN:

1. MRSM BALING VS SMK SG KRUIT ( 1– 0)

2. MRSM BALING VS MRSM PASIR SALAK ( 4-1 )

3. MRSM BALING VS SMK SUNGKAI ( 2– 0)

4. MRSM BALING VS SMK BESOUT ( 1– 0)

5. MRSM BALING VS SMK AIR KUNING ( 0– 1)

SEPARUH AKHIR

6. MRSM BALING VS MRSM KKB ( 2– 0)

FINAL

7. MRSM BALING VS SMK AIR KUNING ( PENALTI 1– 3)

Monday, February 14, 2011

SIANG MALAM BERTUKAR HARI...






AKTIVITI DI MINGGU AKTIVITI MRSM BALING....





  1. MEMBUAT LAYAN-LAYANG BAGI TINGKATAN 2.......AKU WAT GAK...TAPI XNAIK LA...HUHUHU

  2. SEORANG PELAJAR LELAKI PATAH TANGAN KERANA SYOK SGT MENERBANGKAN LAYANG2 YANG XSEBERAPA NAK NAIK...

  3. CIKGU...APA GUNANYA UBAT NYAMUK DAN PLASTIK SMPAH?, TANYA STUDENTS KAT AKU......NMPK SGT XPERNH WAT LAYANG2 KN....NK TAU TANYA ORG KAMPUNG...HEHEHEH







aktiviti kedua......STRESS BALL
  • AKTIVITI MENARIK GAK....KN BYK PK CKET...

  • NAK LATIH BUDAK PK LUAR DARI KOTAK...

  • NAK ANGKAT BOLA2 STRESS GAK BEB....

  • KENA SABAR YANG PENTING...







TELATAH BUDAK F1 BERMAIN STRESS BALL MMG MENGHIBURKAN...



  1. DIORANG BIJAK GAK EK...(DAPAT 5A KN)....TP KURANG KREATIF CKET...NAK TAU KNAPE?MEH KITA TY DIORANG KENAPE KURANG KREATIF..



malam......ACARA YANG MENARIK..
  • NIGHT WALK....FOR FORM 1 AND FORM 2 STUDENTS
  • HELPERS ARE FORM 2...
  • CAN SEE THE GELAGAT STUDENTS YANG PENAKUT..
  • LEBIH MNARIK....SORG F1 KN SEMBUNYIKN...
  • NAK BG GEMPK CKET BEB...







Sunday, February 13, 2011

Sudah lama aku tidak mengaktifkan blog ku ni.....sibuk cket minggu ni...lpas minggu orientasi,ade plak minggu aktiviti...best woi...rugi xmasuk MRSM Baling...

Minggu orientasi....aku jadi pengarah Persembahan...hebat tuh...tengok persembahan budak lakukan mmg kreatif....unbelivable beb...

JOHAN PERTANDINGAN PERSEMBAHAN TINGKATAN 4 (lawk Jenaka)...leh jadi Raja Lawak Musim Ke-6 ni...


WAT APE TU DIK......KECIAN KAT ADIK TUH...HHEHEH




PROgram LDK minggu Orientasi





Meriahkan suasana MRSM Baling....seronok diorag gan homeroom masing2...


BaNNER tERBAIk.............



Monday, February 7, 2011

Buah Cempedak di Luar Pagar...

aku wat ape ek 2 hari ni....
  1. 6/2- kuar g tesco sungai petani...shoping cket beb...cari barg keperluan hidup....sempat gak aku menghilangkan dahaga minum air special...nak tau ape dia...tgk gambar....



2. Pada waktu malamnya plk....persiapan untuk pendaftran tingkatan 1 dan 4....



3. Acara kemuncak...7/2/2011.......pendaftaran tingkatan 1 dan 4...

  • Jadi AJK koperasi- menguruskan pendaftaran


  • Bagi tazkirah Maghrib.....tajuk 5 perkara Aneh


  • Taklimat warden>>.........nak cemerlang kena Berdisiplin..












Saturday, February 5, 2011

mama....

bila aku bangun je dari tido...terdengar lagu mama kat sinar fm...teringat mama aku kat rumah...aku lama da xblk...rindu plk dia skang ni...ape la dia wat skang kan...(dengan nada sedih)....huhuhu...mybe pagi ni aku kn kol dia kot tanya kaba....



for today...i dedicated this song that people have momma...i'm proud with u momma...i love u so much mama....i will the best for u mama....






video